Saturday, October 16, 2010

Perancangan Untuk Tahun Depan....

         
          Bertuah sungguh kalau ada siapa-siapa yang baca blog aku ni. Hari ni aku nak luahkan perancangan aku untuk tahun depan. Dah lama aku pendamkan cita-cita ni. Yalah.... kita hanya mampu merancang dan hanya Allah S.W.T sahaja yang menetukan samada perancangan kita itu dapat dicapai atau tidak. 

          Sem ni aku rasa penat sangat handle sebagai ketua bilik, ketua kelas dan ketua part 1 CS 110 2010. Aku bukan nak merungut. Tapi semua ni aku tak minta pun. Ianya datang secara pantas ke aku. Aku terima dengan seadanya tanpa menyoal apa-apa.


          Tujuan aku masuk u ni, yang pertama : aku tak nak bekerja di Agrobank sebagai Pegawai Pemasaran. Ianya terlalu penat dan menyusahkan. Hati aku hanya untuk seni iaitu muzik. Aku rasa terseksa bekerja dalam keadaan yang amat stress di dalam pejabat. Aku cuba mencari ikhtiar untuk keluar dari kepompong ni.


      
          Kemudian aku dapat  tawaran masuk UiTM Jengka berdekatan dengan rumah aku. Hahahahaha.... Inilah peluang keemasan aku untuk lari dari masalah yang aku pingkul selama 3 bulan. Pada masa yang sama aku ingin ceburi bidang seni nyanyian ketika aku masuk universiti nanti sebagai pekerjaan sampingan aku.


          Sebelum bekerja di Agrobank, aku dah banyak masuk audition nyanyian dan lakonan untuk mencapai impian. Rezeki tak menyebelahi aku. Seminggu sebelum masuk UiTM aku dapat tawaran jadi model di Setapak di Red Carpets Aaron Agency. Aku jadi berbelah bahagi nak masuk UiTM atau jadi model.


           Aku cuba lawan nafsu dahulu demi pelajaran. 3 bulan di UiTM aku dapat tawaran panggilan dari sebuah agensi lakonan untuk offer aku jadi pelakon di Slot Lestary. Kebetulan masa tu bulan puasa. Cabaran banyak sangat. Aku terpaksa postpone cita-cita sebab sibuk dengan kelas dan ujian.


             Jadi, sekarang sem 1 pun nak habis. Sem 2 bakal menjelma. Aku dah nampak cita-cita aku sedang memanggil aku. Aku nak lepaskan semua jawatan aku kepada orang lain. Tanpa semua jawatan ni aku rasa ringan sangat beban aku. Dan aku boleh mengejar impaian aku sambil belajar. Tapi masalahnya sekarang, kawan-kawan aku tak nak jawatan yang aku pikul ni lepas ke tangan orang lain. Diorang nak aku teruskan.

          Jadi, kawan-kawan sekalian. Tolonglah vote orang lain pulak sebagai ketua kelas dan ketua part 2 2011. Huhuhuhuhuhu......



          "Music is my life, glamour is my lif., So, music, glamour and me in one life...."

3 comments:

  1. I'm with you on that one. Korang sume kene vote orang laen...Tell them kalo u still jadi ketua nex sem i kene kan dorang nanti..:)
    Chase ur dreams (^_^)v Lets be famous! me as an author, u as an actor....hihi:)

    ReplyDelete
  2. Ganbatte Azwan!! All the best!! n Thank u soo much for being a great class rep :)

    ReplyDelete
  3. huhuhuhu....
    thank u so much said like that...
    u'r also my inspiration...

    I wanna be a star...
    hahahahah....

    World Domination...

    ReplyDelete